Friday, August 28, 2009

Renungan.. Innalillah...

Salam..
Hari ni merupakan hari yang agak sayu bagi saya..
Pada jam 12 Tgh Hari td.. Telah mendapat satu SMS, yang mengatakan seorang pelajar FTMK (my Faculty) Telah kembali ke rahmatullah..

Abdul Salam Bin Hussin
Pelajar Diploma Tahun 1
Telah Meninggal dunia apabila motorsikal yang ditunggangnya, melanggar sebuah lori..
Ada pendapat mengatakan ianya salah pemandu lori tersebut tetapi masih dalam siasatan polis.

Selepas menunaikan solat jumaat, saya telah ke pejabat FTMK untuk berbincang beberapa perkara bersama Ketua Penolong Pendaftar, dan Pen. Pendaftar berkenaan Pesta Konvokesyen.
Telah selesai perbincangan, saya menghubungi salah seorang staff FTMK yang masih berada di hospital kerana menunggu jenazah di bedah siasat. Dan, saya selaku Presiden Pelajar FTMK telah ke sana. Disana, keluarga Allahyarham masih berada distu menanti keputusan bedah siasat, dan mengambil jenazah utk di bawa pulang.
(Mereka org melaka.. maaf, saya xpasti di mana..)

Saya telah diberi arahan utk pulang dulu ke rumah, dan Staff FTMK tersebut akn dtg menjemput saya utk ke rumah jenazah.. Apabila sampai dirumah.. Saya mendapat panggilan.. Keadaan jalan sesak mungkin akan mengakibatkan kelewatan mereka ke sana, maka saya tidak mahu menjadi beban kepada mereka, memohon maaf dan memberitahu saya tidak pergi kesana. Kerana staff tersebut membawa makanan utk rakan2 (2 biji bas dah sampai kat sana) utk berbuka puasa.. keadaan cuaca pula masa itu hujan.. dikhuatiri keselamatan saya pula, maka staff tersebut juga bersetuju utk terus perjalanan.

Saya berasa agak terkilan kerana tidak dapat berada disana tetapi bagaimanapun.. bersyukur.. kerana sempat merjumpa keluarga Allahyarham.. Berada di Hospital bersama saya tadi, Dekan FTMK, Dekan HEPA, TNC Akademik, dan beberapa staff lain.

Untuk pengetahuan semua, Allahyarham merupakan seorang yg baik.. Beliau pernah menghadiri kursus kecemerlangan akademik anjuran kami dan memberikan komitmen yang sgt baik.. ini diperlihatkan lagi dengan kekuasaan Allah S.W.T apabila Allahyarham, pergi pada hari Jumaat.. Bulan Ramadhan.. dan ketika beliau masih menuntut ilmu. Ciri - ciri ini akan byk memberikan kelebihan kepada Allahyarham di alam yg lain..

Saudara -Saudari.. rakan - rakan sekalian..
Hari ini saya menyeru.. Supaya kita bersama - sama.. sentiasa berhati - hati ketika memandu atau menunggang motosikal.. Jelas dan nyata.. Ajal tidak mengira siapa.. tidak mengira usia..

Sekian untuk renungan..
Wassalam..

Mari bersama - sama menghadiahkan bacaan ummul kitab kepada Allahyarham..
Semoga Roh Beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 beriman..
Al- Fatihah..

No comments: