Wednesday, November 18, 2009

My first Holiday lps habis exam..~

Salam..
Setelah exco2 saya bertungkus lumus berusaha utk kami menjalankan program ke singapura.. akhirnya program tersebut telah berjaya.. byk sgt pengalaman menarik..

Pengalaman 1:
Time mula2 rancang nk wat program.. terlalu byk sgt halangan.. dgn staff yg byk karenah.. prosedur.. tp mujurlah exco2 saya sgt2 bijak dan cekal.. Mereka pernah dimaki, dan dimarahi.. tetapi mereka sabar.. and so do i.. alhamdulillah.. ni pengalaman baru bagi kami.

Pengalaman 2:
Then masa nk wat passport.. byk sgt cite dikalangan exco2.. xsangka aku akhirnya ade passport.. huhu.. dgn kad pengenalan rosak la.. ade pernah satu exco sy mempunyai masalah time nk wat passport.. pernah ditegur dgn sinis oleh pegawai disana.. "dik, kat depan tu pejabat pendaftaran.. dekat je.. Tolong wat i/c baru dulu.." huhu.. dasat sgt.. mcm2 hal.. hmm..

Pengalaman 3:
tetiba ramai juga exco2 yg xdpt pegi sbb masalah kewangan.. hmm.. apelah nasib.. dan lebih malang lg.. semasa kami nk pegi.. ade juga mereka2 yg seolah2 tidak suke.. bahkan tdk singgah berjumpa dgn kami.. xpelah..

Pengalaman 4:
Kami menaiki bas universiti utk ke Johor Bahru. Kami tdo satu malam di sana. sesampainya di JB, kami singgah ke muzium layang2.. cantik tempat tu.. malangnya sampai pada jam 12.50, lg 10 minit tempat tu dijadualkan tutup. tapi bila dah berbincang sbb dtg dr jauh.. pegawai disna membenarkan kami masuk. lama juga kami didalam.. mcm2 gambar kami ambil.. hehe.. tiba2 hujan turun.. agak lebat juga.. kami berlari menuju kearah bas. Kemudian kami ke masjid berdekatan, saya amat tertarik sekali dgn penduduk disana, mereka agak mesra dan bertegur sapa dgn kami. Memberi byk cadangan2 tempat dan mcm2 lg.. Terima kasih saya ucapkan.. sesudah itu, kami ke giant utk makan tgh hari.. selepas makan, kami check in hotel.. Hotel grand blue wave.. 5 star hotel.. huhu.. memandang ade masa terluang, beberapa exco sy telah bersuke ria berenang di kolam.. sy xmampu nk join mereka dan hanya rehat dibilik..sehingga mlm, kami kluar ke City Square, jalan2 dan mkn mlm disana.. ape yg menarik perhatian sana ialah, keselamatan disana amatlah baik sekali.. terdapat ramai anggota polis dan RELA yg mengawasi tempat2 tersebut. Ada yg dtg kepada kami pada awalnya menyangka kami sedang merusuh.. huhu.. sy selaku presiden telah menerangkan yg kami hanya pelawat dan baru saja turun dari bas. Beliau memberikan byk nasihat dan meminta kami berhati-hati. Terima kasih sy ucapkan pada beliau dan pihak berkuasa tempatan kerana menjaga kawasan sekitar bandar agar mengelakkan perkara2 yg xdiingini berlaku. Kemudian kami ke Danga BAy.. xde ape sgt disana, kami hanya bergambar dan kemudian pulang ke hotel.



Pengalaman 5:
Pagi keesokkannya, kami breakfast di hotel. sesudah mkn, kami berkumpul dan menuju ke singapura. pada awal perancangan, kami seharusnya menaiki bas hingga ke sana, tetapi ternampak satu idea menarik iaitu utk menaiki KTM train. kami bertanya prosedur dan memilih jalan pengangkutan tersebut. Since ade perubahan, maka kami xbole stick dgn plan lama. lps sampai ke woodlands, kami tdk tahu kemana arah tuju kami, kami bertanya kepada org disana, dan kemudian ke tempat MRT dgn menaiki bas tambang. Utk perhatian semua, kami tdk menggunakan bas sewa mahupun bas universiti.. sesampainya di sana, saya amat terpegun kerana terdapat ramai org2 melayu disana yg sudi berhenti dan bertanya kepada kami, malah menghulurkan bantuan. Saya sgt terharu melihat keadaan itu. Kemudian kami bergerak ke Nanyang Politeknik dan kami terlewat 45 minit dari masa yg ditetapkan. Kami telah dibantu oleh saudari Zulaikha sepanjang perjalanan kami disana. Cik zulaikha merupakan sepupu kepada salah seorang exco kami.

Pengalaman 6:
Sampai di stesen MRT berhampiran Politeknik tersebut, kami disambut baik oleh saudari Nissa dan beliau membawa kami menuju ke Politeknik tersebut. Kami kemudian di berikan sedikit taklimat oleh pegawai pendaftar disana dan dibawa bersiar2 di dalam kawasan politeknik tersebut. Selepas bersiar2 saudari Nissa akhirnya terpaksa meninggalkan kami kerana ade urusan lain. Kami kemudian dibantu oleh saudari zulaikha kerana beliau merupakan bekas pelajar di politeknik tersebut.

Cenderamata kpd Cik Nissa.. hehe..

Pengalaman 7:
Saya amat terkejut dengan satu keadaan disana iaitu tempat solat mereka, inilah kali pertama saya solat di tangga. Satu pengalaman yg mmg xdpt dilupakan. Tempat solat itu pula ialah di tepi tandas wanita. Hmm.. mmg beginalah jika agama rasmi negara bukan agama islam. Pada waktu ini, saya berasa sgt bersyukur berada di Malaysia.

Pengalaman 8:
Memandangkan keadaan tempat solat di tepi tandas, kami duduk di tepi kawasan berkenaan sementara menunggu rakan2 lain siap solat. Tiba2 kami telah dihalau oleh pegawai keselamatan disana kerana kami berada di depan tandas wanita, walhal disitu juga merupakan tempat solat. (dah tau tempat xstrategik.. wat gak ruang solat situ.. ape daa..). Kami redha, dan terus turun kebawah.

Pengalaman 9:
Kami kemudian kluar dari politeknik dan menuju ke sentosa island. kami bergerak dgn menaiki MRT hingga ke harbour front. Kami makan disana dan kemudia menaiki bas ke sentosa. Kami berjalan2 ke The Merlion. Tiba2 hujan turun dgn lebat.. kami terpaksa meredah hujan sedikit utk ke stesen monorail untuk kembali ke tempat berkumpul.alhamdulillah, kami selamat sampai.. selepas berkumpul, kami kemudian menaiki bas ke bandar singapura.




Pengalaman 10:
Kami merancang utk balik ke JB menaiki train yg sama. malangnya, perkhidmatan KTM terebut telah tamat pada jam 6 ptg lg.. yg ada hanyalah keretapi antarabandar yg kos nya berlipat ganda dr yg itu. kami akhirnya beralih arah, menaiki bas ke queens street dan menaiki bas ke JB. Saya sg terharu dan menghargai jasa baik cik Zulaikha kerana telah membantu kami dan menghantar kami hingga ke dalam bas. Terima Kasih saya ucapkan.


Akhir sekali, kami telah sampai ke JB dan menaiki bas Universiti balik ke melaka. Pada jam 1.15 pagi, kami telah sampai dengan selamat..

Itulah saja pengalaman saya yg baru..

Terima Kasih


No comments: