Monday, November 23, 2009

Zharif Ke Pringkat Kebangsaan??!!

Salam Perjuangan..
Untuk makluman anda, satu lagi pengalaman baru buat saya baru2 ini..

Saya telah menghadiri ke Persiangan Agung Tahunan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Peringkat Kebangsaan di UiTM Shah Alam. Semasa persidangan tersebut, terdapat sesi pemilihan jawatankuasa baru peringkat kebangsaan.

Saya selaku Setiausaha Cawangan Kuantan telah diminta oleh Pengerusi Negeri Pahang utk bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi GPMS Kebangsaan.

Satu pengalaman baru bg saya, bertanding dikalangan mereka2 yg berpengalaman rata2 bukanlah sebaya dgn saya. Ade yg bergelar Doktor dan pangkat kehormat.

Bagi saya dan perwakilan lain yg tidak mengharapkan jawatan tersebut, kami tetap mencuba sedaya upaya, Saya telah memberikan kata2 aluan pengenalan diri dihadapan Dato' Sri Reezal Marican, Dato' Suhaimi Ibrahim, dan Dato' Dahan (penceramah 1Malaysia) serta semua perwakilan dari setiap pelosok negeri dan negara.

Semasa hari mengundi, byk perkara2 yg mengejutkan berlaku yg mana saya telah dibukakan mata utk melihat betapa hebatnya arus politik persatuan dan politik kepimpinan ini.

Keputusan yang diperolehi, akhirnya tidak memihak kepada saya. Tetapi saya masih bersyukur dan tetap akan bekerja keras bagi memastikan objektif persatuan itu tercapai.

Sekian utk Makluman..


No comments: