Monday, February 1, 2010

MPP UTeM Terus Gemilang!!





Majlis Perwakilan Pelajar UTeM 2009/2010 telah menunjukkan prestasi yang sangat baik bermula dari awal semester ini. Walaupun hanya bergelar calon mereka telah mula bekerja membantu menyelesaikan banyak masalah pelajar. Tidak lupa juga kepada mantan MPP sesi 2008/2009 yang banyak membantu walaupun telah diberhentikan perkhidmatan.

Bermula dari awal semester ini, saya telah mula melibatkan diri dalam proses peralihan kuasa MPP yang mana secara tidak langsung mengambil masa lebih kurang hampir sebulan. Sejak dari awal, bakal2 MPP telah mula berkursus iaitu pada awal semester dan sekali lg ketika kursus khas utk calon MPP. Sepanjang tempoh itu, menerusi pemerhatian dan penelitian saya, kesemua calon - calon MPP mempunyai kelebihan masing2. Mereka sangat berdaya saing dan mempunyai pemikiran yang matang.

Sepanjang tempoh ini juga, mereka senantiasa bekerjasama dalam menjayakan beberapa perkara dalam memastikan proses demokrasi di UTeM terus diberi perhatian dan sokongan. Saya mendoakan kepeda semua yang telah menang dapat menjalankan tanggungjawab mereka. Bagi yang Kalah, ketahuilah.. ianya bukan sekadar disini..

Sekian..


No comments: