Kisah silamKu..~

Hye..
untuk pengetahuan semua saya telah kembali ke sejarah silam.. yg byk mengingatkan saya kembali ke zaman kanak - kanak..

Perhaps.. there is a few about me that all of u shud know..

Walaupun mempunyai darah keturunan pahang.. but i was born in KL.. bcoz that time mak dgn abah bekerja disana.. mungkin jodoh mereka disitu.. Ape yg mampu aku katakan.. taraf pendidikan di zaman itu mungkin tidak seperti sekarang.. mak dan ayah hanya pekerja am sahaja.. kedua-dua mereka bekerja di Kem Askar di jalan ipoh.

Dulu, mereka menyewa di kawasan setinggan yg mana rumah kami ketika itu hanya sesuai dan boleh dikatakan ala kadar sahaja. Tetapi kami anak beranak bersyukur.. Taraf kehidupan yg boleh saya katakan tidak mewah bahkan sekali sekala mungkin dibawah tahap sederhana membuatkan kami bercita - cita tinggi. Di zaman kanak-kanakku, hanya tinggal beberapa memori sahaja. Rakan-rakan sepermainan tidak lagi saya kenali. Apa yang pasti.. setiap petang bukan masa utk berehat bagi kami adik beradik (saya dan abg). Kami sentiasa memenuhi dengan berbagai permainan dgn rakan2 dan jiran2.

Utk menggambarkan kesusahan ketika itu, boleh aku katakan mak dan abah hanya akan ke pasar malam sekali dlm sebulan untuk memenuhi niat/keinginan kami utk menjamah makanan enak. Mak selalu pesan.. "kalau nk makan sedap2.. kene blaja rajin2.. nanti dh keje.. hari2 nk makan sedap pon boleh..". Masih terngiang pesan itu di telingaku. Pada ketika itu, mak dan abah hanya berjalan kaki menuju ke tempat kerja. meninggalkan aku dua beradik dgn Umi (keluarga angkatku..).

(Bangunan pejabat Mak)

Perjalanan mak ke tempat kerja bagi agak jauh ketika itu.. tetapi tidak pernah aku fikirkan.. mungkin kerana masih kecil ketika itu. Begitu juga abah.. abah seorang yg sangat komited dalam kerjanya. Antara yang terawal hadir ke pejabat... dan terakhir yg pulang ke rumah. Beliau seringkali menjadi org kepercayaan rakan2.. itu terbukti dgn pengakuan rakan2 beliau ketika kami berkunjung ketika hari raya(2009) baru2 ini. Begitu susah keadaan ketika itu, kami dua beradik kadang kala mengeti dan tidak banyak karenah.

Alhamdulillah, rezeki diberikan oleh Tuhan yg Maha Esa.. gaji semakin naik.. kemampuan juga bertambah.. akhirnya keluarga kami memiliki sebuah kereta yg dibeli dari ayah saudaraku.
Mak pernah menceritakan, mak dan abah kadangkala berpuasa bagi berjimat cermat utk membayar yuran sekolah memandu abah.. begitu besar jasa seorang ayah terhadap keluarga.

walaupun begitu, kehidupan bukanlah semudah dan sesenang yang disangka.. begitu banyak dugaan demi dugaan yg kami hadapi.. akibat ketidakmampuan kami tidak memiliki telefon rumah seperti org lain.. Masih jelas dlm memoriku, mak dan abah terpaksa menaiki kereta.. dan pergi satu kampung yg agak jauh untuk menggunakan telepon awam yang masih elok. dalam keadaan hujan lebat.. mak berlari menggunakan telepon utk membuat panggilan ke rumah nenek di kampung. duduk didalam kereta.. air mata saya jatuh melihat keperitan seorang ibu yang juga seorang anak yg taat pada keluarganya.

Maka dari kecil lagi aku berazam tidak mahu jadi seperti itu.

itulah tentang kedua ibu bapa saya..

me??
i was born a leader.. huhu.. bermula dari sekolah rendah lagi.. saya senantiasa dipilih guru untuk menjadi ketua kelas. tapi xlama.. lps tu pindah balik pahang.. huhu.. but.. this is the hostory when i live here..

Rumah yg dilihat ini bukanlah rumah saya.. satu ketika dulu kawasan ini merupakan hutan.. rumah ini sgt dalam di kawasan gelap.. inilah rumah yg tidak pernah saya jejak hingga hari2 last sebelum pindah..

Inilah gambaran terkini rumah yg disewa oleh mak dan abah ketika itu.. rumah berkembar.. tp kami duduk yg di sbelah kanan.. (cuma dulu xde astro la..)hanya rumah itu saja lah.. dan yang ada hanya dua bilik tidur..

Apabila memiliki kereta, abah seringkali bawa kami berjalan2 di dalam kem.. melihat kawasan sekitar dan bermain2 di padang bola.

(Padang bola yg ada dalam kem)

kami selalu bermain lumba lari dipadang ini.. bila sudah dewasa barulah kami terfikir.. ayah membawa kami kesini bukan sahaja menunaikan tanggungjawab seorang ayah.. bahkan itulah memori abah membesarkan kami.. dan abah kelihatan tenang setiap kali bawa kami ke sini.

Jika anda berjalan mengililingi kem tersebut.. byk perkara menarik anda akan lihat dan salah satu kegemaran saya ketika itu ialah deretan kereta kebal.. hehe.. amat gemar sekali melihat banyaaaakkkk... kereta kebal di sini yg tersusun rapi siap sedia utk digunakan.

Inilah gambar terkini pintu masuk kem yg dahulu menjadi rutin harian mak dan abah berjalan kaki ke tempat kerja.

Ini pula gambar terkini satu kawasan rumah setinggan di area tersebut dan dahulunya terdapat padang kecil bersebelahan landasan keretapi yg seringkali menjadi tempat permainan kami. Kini telah wujud satu lagi stesen kamouter baru yg akan berfungsi tidak lama lagi..

Inilah landasan keretapi yg sentiasa aku hampiri walaupun dimarahi mak.. ngeh3..
menjadi kebiasaan kanak2 disini utk meletakkan paku diatas landasan itu, dan apabila keretapi lau.. paku tersebut akan mampat dan nipis.. kebiasaannya kami menjadikan paku mampat itu sebagai salah satu cara utk membuka kunci pintu atau mangga (sangat nakal ea masa tu.. sendiri pikir la..).

Demikianlah serba sedikit sejarah hidup Zharif rahim..

kini??

Kini aku kembali.. melihat segalanya telah berubah.. dan disini.. aku melihat.. masa lalu dengan sudut pandangan yg berbeza..

sekian utk renungan..
Wassalam.


Comments

Popular posts from this blog

Tumbesaran

Edisi Raya & hari Jadi

Kesukarelaan..