Thursday, November 26, 2009

Berkorban Apa Saja


Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
hmm... hmm... hmm...

Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Fahamilah.. erti sebuah pengorbanan..

Semoga kita berada dalam ketaqwaan..

Salam Aidil Adha..


Monday, November 23, 2009

Zharif Ke Pringkat Kebangsaan??!!

Salam Perjuangan..
Untuk makluman anda, satu lagi pengalaman baru buat saya baru2 ini..

Saya telah menghadiri ke Persiangan Agung Tahunan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Peringkat Kebangsaan di UiTM Shah Alam. Semasa persidangan tersebut, terdapat sesi pemilihan jawatankuasa baru peringkat kebangsaan.

Saya selaku Setiausaha Cawangan Kuantan telah diminta oleh Pengerusi Negeri Pahang utk bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi GPMS Kebangsaan.

Satu pengalaman baru bg saya, bertanding dikalangan mereka2 yg berpengalaman rata2 bukanlah sebaya dgn saya. Ade yg bergelar Doktor dan pangkat kehormat.

Bagi saya dan perwakilan lain yg tidak mengharapkan jawatan tersebut, kami tetap mencuba sedaya upaya, Saya telah memberikan kata2 aluan pengenalan diri dihadapan Dato' Sri Reezal Marican, Dato' Suhaimi Ibrahim, dan Dato' Dahan (penceramah 1Malaysia) serta semua perwakilan dari setiap pelosok negeri dan negara.

Semasa hari mengundi, byk perkara2 yg mengejutkan berlaku yg mana saya telah dibukakan mata utk melihat betapa hebatnya arus politik persatuan dan politik kepimpinan ini.

Keputusan yang diperolehi, akhirnya tidak memihak kepada saya. Tetapi saya masih bersyukur dan tetap akan bekerja keras bagi memastikan objektif persatuan itu tercapai.

Sekian utk Makluman..


Wednesday, November 18, 2009

My first Holiday lps habis exam..~

Salam..
Setelah exco2 saya bertungkus lumus berusaha utk kami menjalankan program ke singapura.. akhirnya program tersebut telah berjaya.. byk sgt pengalaman menarik..

Pengalaman 1:
Time mula2 rancang nk wat program.. terlalu byk sgt halangan.. dgn staff yg byk karenah.. prosedur.. tp mujurlah exco2 saya sgt2 bijak dan cekal.. Mereka pernah dimaki, dan dimarahi.. tetapi mereka sabar.. and so do i.. alhamdulillah.. ni pengalaman baru bagi kami.

Pengalaman 2:
Then masa nk wat passport.. byk sgt cite dikalangan exco2.. xsangka aku akhirnya ade passport.. huhu.. dgn kad pengenalan rosak la.. ade pernah satu exco sy mempunyai masalah time nk wat passport.. pernah ditegur dgn sinis oleh pegawai disana.. "dik, kat depan tu pejabat pendaftaran.. dekat je.. Tolong wat i/c baru dulu.." huhu.. dasat sgt.. mcm2 hal.. hmm..

Pengalaman 3:
tetiba ramai juga exco2 yg xdpt pegi sbb masalah kewangan.. hmm.. apelah nasib.. dan lebih malang lg.. semasa kami nk pegi.. ade juga mereka2 yg seolah2 tidak suke.. bahkan tdk singgah berjumpa dgn kami.. xpelah..

Pengalaman 4:
Kami menaiki bas universiti utk ke Johor Bahru. Kami tdo satu malam di sana. sesampainya di JB, kami singgah ke muzium layang2.. cantik tempat tu.. malangnya sampai pada jam 12.50, lg 10 minit tempat tu dijadualkan tutup. tapi bila dah berbincang sbb dtg dr jauh.. pegawai disna membenarkan kami masuk. lama juga kami didalam.. mcm2 gambar kami ambil.. hehe.. tiba2 hujan turun.. agak lebat juga.. kami berlari menuju kearah bas. Kemudian kami ke masjid berdekatan, saya amat tertarik sekali dgn penduduk disana, mereka agak mesra dan bertegur sapa dgn kami. Memberi byk cadangan2 tempat dan mcm2 lg.. Terima kasih saya ucapkan.. sesudah itu, kami ke giant utk makan tgh hari.. selepas makan, kami check in hotel.. Hotel grand blue wave.. 5 star hotel.. huhu.. memandang ade masa terluang, beberapa exco sy telah bersuke ria berenang di kolam.. sy xmampu nk join mereka dan hanya rehat dibilik..sehingga mlm, kami kluar ke City Square, jalan2 dan mkn mlm disana.. ape yg menarik perhatian sana ialah, keselamatan disana amatlah baik sekali.. terdapat ramai anggota polis dan RELA yg mengawasi tempat2 tersebut. Ada yg dtg kepada kami pada awalnya menyangka kami sedang merusuh.. huhu.. sy selaku presiden telah menerangkan yg kami hanya pelawat dan baru saja turun dari bas. Beliau memberikan byk nasihat dan meminta kami berhati-hati. Terima kasih sy ucapkan pada beliau dan pihak berkuasa tempatan kerana menjaga kawasan sekitar bandar agar mengelakkan perkara2 yg xdiingini berlaku. Kemudian kami ke Danga BAy.. xde ape sgt disana, kami hanya bergambar dan kemudian pulang ke hotel.



Pengalaman 5:
Pagi keesokkannya, kami breakfast di hotel. sesudah mkn, kami berkumpul dan menuju ke singapura. pada awal perancangan, kami seharusnya menaiki bas hingga ke sana, tetapi ternampak satu idea menarik iaitu utk menaiki KTM train. kami bertanya prosedur dan memilih jalan pengangkutan tersebut. Since ade perubahan, maka kami xbole stick dgn plan lama. lps sampai ke woodlands, kami tdk tahu kemana arah tuju kami, kami bertanya kepada org disana, dan kemudian ke tempat MRT dgn menaiki bas tambang. Utk perhatian semua, kami tdk menggunakan bas sewa mahupun bas universiti.. sesampainya di sana, saya amat terpegun kerana terdapat ramai org2 melayu disana yg sudi berhenti dan bertanya kepada kami, malah menghulurkan bantuan. Saya sgt terharu melihat keadaan itu. Kemudian kami bergerak ke Nanyang Politeknik dan kami terlewat 45 minit dari masa yg ditetapkan. Kami telah dibantu oleh saudari Zulaikha sepanjang perjalanan kami disana. Cik zulaikha merupakan sepupu kepada salah seorang exco kami.

Pengalaman 6:
Sampai di stesen MRT berhampiran Politeknik tersebut, kami disambut baik oleh saudari Nissa dan beliau membawa kami menuju ke Politeknik tersebut. Kami kemudian di berikan sedikit taklimat oleh pegawai pendaftar disana dan dibawa bersiar2 di dalam kawasan politeknik tersebut. Selepas bersiar2 saudari Nissa akhirnya terpaksa meninggalkan kami kerana ade urusan lain. Kami kemudian dibantu oleh saudari zulaikha kerana beliau merupakan bekas pelajar di politeknik tersebut.

Cenderamata kpd Cik Nissa.. hehe..

Pengalaman 7:
Saya amat terkejut dengan satu keadaan disana iaitu tempat solat mereka, inilah kali pertama saya solat di tangga. Satu pengalaman yg mmg xdpt dilupakan. Tempat solat itu pula ialah di tepi tandas wanita. Hmm.. mmg beginalah jika agama rasmi negara bukan agama islam. Pada waktu ini, saya berasa sgt bersyukur berada di Malaysia.

Pengalaman 8:
Memandangkan keadaan tempat solat di tepi tandas, kami duduk di tepi kawasan berkenaan sementara menunggu rakan2 lain siap solat. Tiba2 kami telah dihalau oleh pegawai keselamatan disana kerana kami berada di depan tandas wanita, walhal disitu juga merupakan tempat solat. (dah tau tempat xstrategik.. wat gak ruang solat situ.. ape daa..). Kami redha, dan terus turun kebawah.

Pengalaman 9:
Kami kemudian kluar dari politeknik dan menuju ke sentosa island. kami bergerak dgn menaiki MRT hingga ke harbour front. Kami makan disana dan kemudia menaiki bas ke sentosa. Kami berjalan2 ke The Merlion. Tiba2 hujan turun dgn lebat.. kami terpaksa meredah hujan sedikit utk ke stesen monorail untuk kembali ke tempat berkumpul.alhamdulillah, kami selamat sampai.. selepas berkumpul, kami kemudian menaiki bas ke bandar singapura.




Pengalaman 10:
Kami merancang utk balik ke JB menaiki train yg sama. malangnya, perkhidmatan KTM terebut telah tamat pada jam 6 ptg lg.. yg ada hanyalah keretapi antarabandar yg kos nya berlipat ganda dr yg itu. kami akhirnya beralih arah, menaiki bas ke queens street dan menaiki bas ke JB. Saya sg terharu dan menghargai jasa baik cik Zulaikha kerana telah membantu kami dan menghantar kami hingga ke dalam bas. Terima Kasih saya ucapkan.


Akhir sekali, kami telah sampai ke JB dan menaiki bas Universiti balik ke melaka. Pada jam 1.15 pagi, kami telah sampai dengan selamat..

Itulah saja pengalaman saya yg baru..

Terima Kasih


Sunday, November 15, 2009

Exam Da habis..!!

salam..
Syok sgt bila da habis exam walaupun xbyk sgt paper..
sepanjang exam ni byk sgt hal terjadi.. huhu..
Tapi terima kasih la wat kawan2 yg byk membantu..

Perkara pertama:
My first paper ialah statistik & kebarangkalian.. da la mmg selalu xdtg klass sbb xsihat..
so..xde la pandai dgt.. pandir je la.. hihi..
di hari exam.. pagi tu tayar moto lak pancit.. tgh hari tu kene la tolak moto gi workshop.. penat oo.. Then, lps da repair.. check la segala peralatan..maklumla first paper.. tetiba kalkulator lak rosak.. adoi.. tanya kwn2.. nasib baik la ade.. thanks zatul.. sbb bg pinjam.. thanks nurul.. sbb bgtau zatul.. hihi.. then.. pegi la dewan exam.. awal kuar.. malangnya... dihimpit lori.. dan terjatuh.. darah2 tangan.. cermin tepi pon pecah.. masuk dewan exam lps cuci tangan.. tp still menggeletar lg.. jwb je la mcm mana pon.. da la mmg sediakala xpandai.. wahahaha..
bila habis exam.. lege la kejap.. hmm.. tu la yg terjadi..

Perkara kedua:
second paper hari jumaat, hubungan etnik.. da la nota xpenah ade.. mmg xbaca pon.. then gi dewan, jawab dlm masa 50 minit.. duk plak dewan besar.. pastu kuar.. saje je bg org lain cuak.. huhu.. jahat juge aku nih.. Then btol2 lepas habis exam.. terus gi auditorium.. tp sebelum tu lepak kat opis (bilik ficts).. saje nk gi lewat skit.. ade mesyuarat agung gpms negeri melaka.. gi lewat sbb xnk kene jd MC.. pegi la pkl 5.15.. da agak lewat da tu.. malangnya.. kene jd gak.. adoi..

perkara ketiga:
Last paper.. xde berlaku ape sgt.. syok gak la ambik last paper ni.. dan kuar awal gak sekali lg.. huhu.. lega gile rasa bila dah habis exam.. tp byk juga hal yg menanti.. hmm..

well.. setelah habis sume exam ni.. harap sume plan utk bersuke ria dpt terlaksana..

sekian..
take Care..~

Saturday, November 14, 2009

Perubahan..~

Salam..
Hye.. da lama xupdate.. (mcm selalu je type ayat nih..)

anyway.. sesuai dgn tajuk.. nk cite la.. dulu.. byk masa.. skang makin bz.. main facebook.. meeting.. program.. org kawen.. mcm2 lagi la..

jadi tidak mustahil juga.. perubahan dalam sikap.. perubahan dalam hubungan.. but some how.. i always understands..

Perubahan yg paling terkini?? hehehe..

Dulu:


Sekarang:


Well.. kalau xnmpak ape perubahannya.. xtau la.. hihihi..

sekian..~